Happy Last Thursday of 2009,
Definitely lookin and wishing for a better year ahead in 2010! Wishing all the same... Amin. Happy New Year to non-muslims and ppl of the world, for saya and d rest of umat islam, 18 DECEMBER kita dah New Year Dah... tapi masih boleh dibaca doa akhir tahun dan awal tahun ini sebagai pedoman... ahaks!
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
" Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan yang tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas aku melakukan maksiat itu. Maka aku memohon keampunanMu.
Ya Allah, ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya. Maka aku mohon diperkenankan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapanku. Ya Allah yang Maha Pemurah. Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. "
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
" Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. "
" Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. "
Amin.
Wowwee, dah sampai rupanya aku ke penghujung hari bagi tahun 2009. Hati kecil ini hanya dapat melafazkan penuh syukur ke hadrat ilahi, masih lagi aku bernafas melalui udara bumi yg tahap global warmingnya hari ke hari makin menggerunkan kita dan semua spesies di dunia ini... Namun, inilah realiti kehidupan manusia, hari yang mendatang mungkin kelihatan sukar dan memudaratkan, tapi jangan pernah berputus asa dengan keadaan sekeliling dan liku kehidupan yang Allah beri, kerna ganjaran yang lebih besar menanti apabila kita redho menghadapi dan menerima sepenuhnya musibah duniawi.
Hurm, merenung kembali segala suka duka... alhamdulillah aku kembali tenang kini. Buku Malaikat raqib dan atid diriku yang tercatat bagi tahun ini banyak menginsafkan diri, menambahkan ketabahan dan kecekalan hati serta memberi semangat baru untuk aku melangkah jauh dari kekecewaan dan kesedihan yang dirasai. Sekarang masanya untuk berusaha ke arah kemajuan diri.
Sejak mula bekerja, aku agak sibuk dengan assignment baru yang agak mencabar bagi diri aku.. Ruang kerja baru ini sememangnya rezeki allah yang amat ku hargai dan insyaallah akan ku usaha bekerja dengan sebaiknya. Mulalah trial & error sana sini, konsentrate animasi, flash presentation, design dan research market sana sini. Bahagian aku, i have to focus on Analytical, Lab and Process, untuk market Asia; Malaysia, China, Thailand, Vietnam, India, Jepun, Korea; America dan Germany. Mau tak telan air liur aku pada mulanya? Lebih2 lagi bila aku juga handle exhibition, (urm... boss bila saya mula fly? hehe...). Few projects pun telah diturunkan pada aku, dari hari pertama aku kerja lg, manekata... DEADLINE mmg dah byk kini... gerun pada mulanya, tapi alhamdulillah dapat aku cope up sedikit demi sedikit, and pastinya masa untuk kembali beraksi kini.
Anyhow, cuti kali ini aku perlu siapkan animation presentation. Polish demi polish, rasanya my direction is getting better now. moga siap sepenuhnya secepat mungkin. Later, aku nk concentrate website pulak... hurm, serious byk betul info yg perlu diolah, nyaris pengsan, tambah pula dgn adanya corporate design yg perlu di follow sepenuhnya.. Dulu, my art design is purely Gothic and eerie... all my heart can give into it... now the big bosses seems to love my portfolios, n hoping for me to upgrade their designing look, tp as i said, dgn adanya corporate design nya restrictions nih, satu-satu jerawat aku naik skrg... ahahaha! kidding! anyhow, insyallah, sabo n terus usaha sehingga idea terbaik mari!!! hehehehe...
New info for me now, company akan berpindah ke rawang! huhu! aiyoyo... Masa offer kerja TAK CAKAP PUN? ahahaha... Site tgh siap, n jangka pindah masuk middle or hujung 2010. Hurm, masa tu akan aku pikir lah, nak menetap sepenunya di Rawang or nak ulang alik... hik! masih tanda tanya bagiku... :p Ok, ok, wanna end my crap now... cos better start shifting back to my work now... kang bila nk siapnye tah... Before me end, am putting up photos from my recent Dinner with my new family.. I have to say, how very happy I am to be a part of the family... Syukur alhamdulillah... Alrighty, meet u guys soon.. Insyaallah and HAVE A GREAT HOLIDAY!!! Bye, salam.











0 comments:
Post a Comment